Posted on

7 Tips Jadi Ibu Bapa Cemerlang

 

1. MENSYUKURI NIKMAT ANAK.
Sebagai Ibu bapa, kita mestilah mensyukuri nikmat terbesar yang Allah telah berikan kepada kita, iaitu anak kita sendiri.
Kerana di saat, kita gembira dengan anak kita, ada keluarga lain yang diuji dengan tidak mendapat anak, walaupun setelah bertahun tahun berkahwin.
Oleh itu, jangan sesekali berhenti BERSYUKUR!

2. KALAU ANAK BUAT KEBAIKAN, PUJI TERUS. JANGAN TUNGGU-TUNGGU!
Ramai antara kita yang mungkin “takut’ nak puji anak bila mereka buat kebaikan.
Walau sekecil mana pun kebaikan mereka buat, angkat baju ke, dapat bangun pagi ke, solat subuh berjemaah ke, belajar tanpa disuruh ke, PUJI!
Sebab, manusia memang sukakan pujian. Bila manusia dipuji, lagi semangat dia buat kerja.
Jadi, PUJI ANAK ANAK ANDA!

3. TEGUR KESILAPAN, BUKAN MARAH!
Antara kesalahan paling banyak ibu bapa buat, bila anak buat silap, terus marah.
Bila anak anak dimarahi, mereka takkan berubah, bahkan mereka akan bertindak agresif! Mungkin mereka marah kita balik, mereka tak nak cerita dengan kita masalah mereka lagi dah, dan macam macam lagi.
Jadi, apa cara yang paling baik?
Tegur kesilapan anak, jelaskan silap mereka, dan pastikan anda bertegas.
Ingat, Tegas tak semestinya Marah!

4. JANGAN AMBIL KISAH SILAP KECIK ANAK, TAPI RISAU DENGAN SIKAP YANG LEBIH BESAR.
Memang fitrah anak anak akan buat silap, tersalah dalam perbuatan. Tapi kita tak boleh ambil hati dengan kesilapan kecik kecik ni.
Yang kita kena risau, bila anak kita cakap kasar dengan kita, mula tinggalkan solat, dan mula tinggalkan pelajaran.
Ini yang perlu kita bimbing dan betulkan cepat cepat!

5. DOA UNTUK ANAK SETIAP KALI SOLAT
Ini yang paling penting bagi seorang ibu bapa.
Kita nasihat la banyak mana pun, kita tegur la 1000 patah perkataan pun, tapi kalau kita sendiri tak doa untuk anak kita, macam mana mereka nak berubah?
Kan doa ibu dan ayah makbul untuk anaknya?

6. BACA BUKU, HADIR KURSUS PARENTING.
Di zaman yang sangat mencabar ni, kita mesti upgrade ilmu kita berinteraksi dengan anak anak.
Anak anak sekarang lagi Advance dari kita. Jadi kita mesti upgrade Ilmu Parenting kita jugak.

7. BERI RESPONS, JANGAN DIAM JE!
Yang terakhir, anak anak sangat memerlukan perhatian. Jadi bila mereka bercakap dengan kita, jangan diam je!
Layan mereka, tengok mata mereka, buat muka Excited, angguk angguk kepala, tanya soalan kat mereka, baru mereka rasa anda bersama mereka.

 

Sumber: www.tapow.com

Leave a Reply