Posted on

Adakah Hidup Anda Ibarat ‘Fidget Spinner’?

 

Entah kenapa, tiba-tiba Fidget Spinner muncul dan mewarnai dunia trending secara global?

Apa benda Fidget Spinner ‘ni?

Fidget Spinner, satu alat mainan yang amnya terdiri dari 3 lubang yang boleh dipusing-pusingkan.  Menurut para pengkaji, fidget spinner wujud sekitar tahun 1993 dan wujud dalam berbagai bentuk dan warna.

Anehnya, tiba-tiba ianya menjadi popular di pertengahan tahun 2017.  Tujuan ianya dicipta adalah tidak jelas, ada yang kata semata-mata untuk nampak ‘cool’ dan ada yang kata ianya untuk membantu mereka yang ada kondisi ‘autism’ untuk lebih fokus.

Apa-apa pun, tiada kajian yang jelas ditunjukkan tentang kebaikan Fidget Spinner.

Trending Perniagaan ‘Fidget Spinner’

Apa yang menariknya, bila dah jadi trending ramai orang mula berniaga Fidget Spinner.  Fidget Spinner yang boleh diborong dari negeri China, boleh didapati dengan harga yang sangat murah dan menjadi bahan koleksi oleh penggemarnya.

Dan, yang lebih menarik, ada yang sanggup cipta Fidget Spinner dan menjadikannya begitu istimewa dengan salutan emas dan bertatahkan batu permata sehingga bernilai lebih dari USD 17,000!

Untunglah kepada mereka yang cepat bertindak dan ambil kesempatan dari kepopularan Fidget Spinner dan mampu buat sedikit keuntungan ketika ianya tengah trending!

Hidup Manusia Dan ‘Fidget Spinner’

Fidget Spinner, secara kasarnya diwujudkan tanpa tujuan yang khusus.  Apa kebaikannya pun tidak jelas.  Malahan sehingga sekarang, tiada kajian saintifik dijalankan untuk membuktikan kebaikannya.

Berpusing-pusing tanpa arah tujuan yang nyata, itulah Fidget Spinner.  Nampak seronok, bewarna warni dan mungkin glamour tapi hakikat kewujudannya?  Tiada siapa yang dapat pastikan.

Jom tanya diri anda, adakah hidup anda juga seperti Fidget Spinner?  Berpusing tanpa arah tujuan.  Adakah anda juga hanya akan dikenang orang untuk satu jangka masa pendek sahaja? Kemudian kembali dilupakan.  Tiada terbukti sebarang pencapaian, tiada sahih yang membenarkan apa kebaikan yang mampu diberikan, tiada bukti dan kejelasan yang menunjukkan anda dah bantu ramai manusia..macam Fidget Spinner!

Jadikan diri anda lebih bermakna.  Lakukan sesuatu yang mampu letakkan anda sebagai inspirasi kepada manusia sekeliling.  Hidup ini adalah untuk memberi inspirasi, untuk memberi pengajaran dan menambah nilai kepada orang lain, supaya dapat mengutip manfaat dan memberi manfaat, bukan setakat berpusing-pusing tanpa arah tujuan dan sebab..macam Fidget Spinner.

Lagi mengenai artikel: BlogTip Motivasi dan Inspirasi
 sumber: http://azizanosman.com/adakah-hidup-anda-ibarat-fidget-spinner/?inf_contact_key=1fe5406cb31473a33dec574c06e7e65289c0b4cd6e432483d66bc2671ec9f063
Leave a Reply