Posted on

Cara Mendidik Anak Cara Bill Gates

Bill Gates dikenali dunia sebagai lelaki yang terkaya di dunia dan merupakan usahawan yang genius dalam bidang teknologi.

Walaupun lebih terkenal sebagai seorang usahawan, Bill Gates juga terkenal dengan prinsip tegas mendidik anak-anaknya. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Melinda dan 3 orang anak, Jennifer, Rory dan Phoebe.

Sebagai seorang bilionair dan orang terkaya di dunia, bukan mudah untuk membesarkan anak-anaknya dengan cara ayng sederhana dalam situasi keluarga mereka yang terkenal dan sentiasa diperhatikan.

Malahan, anak-anak mereka juga pasti mengalami situasi dimana mereka dibanding-bandingkan dengan rakan sebaya mereka.

Walaupun begitu, Bill Gates seorang yang bijak. Beliau tidak memanjakan anak-anak beliau dengan kemewahan tetapi mempunyai prinsip yang tegas sebagai seorang bapa agar anak-anaknya kelak boleh berjaya dengan usaha mereka sendiri.

#1-Didik Anak Agar Tidak Selalu Dapat Apa Yang Dimahukan.

Related image

Apabila kita bergelar ibu bapa, pasti kita amat menyayangi anak kita. Ibaratnya semua yang boleh diusahakan, dilakukan, diberikan untuk anak kita pasti kita akan cuba untuk merealisasikannya walaupun memerlukan seluruh kudrat tenaga untuk mendapatkan seisi dunia untuk mereka.

Namun menurut Bill Gates, kita harus belajar mengatakan ‘tidak’ dan menolak permintaan anak-anak jika dirasakan kurang sesuai.

Mungkin tindakan ini akan membuatkan anak-anak berasa hampa namun kita harus memiliki sisi tegas semasa mendidik anak-anak untuk mengajar mereka menghormati kita. Ia juga akan buatkan anak belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada seadanya.

Walaupun terkenal sebagai seorang yang gemar berinovasi dan pelopor kepada teknologi namun Bill Gates tidak membenarkan anak-anaknya menggunakan telefon pintar sehinggalah mereka mencapai usia 13 tahun.

Sebagai bapa, Bill Gates telah menetapkan bahawa umur 13 tahun adalah umur yang sesuai untuk memberikan telefon bimbit. buat anak-anaknya.

Mungkin kedengaran pelik apabila rakan-rakan Gen Z sebaya dengan anak beliau sudah mengusung pelbagai jenis telefon canggih namun anak orang yang paling terkaya di dunia tidak dibenarkan untuk memilikinya.

Ini adalah cara Bil Gates mengawal dan mendidik anak-anaknya daripada pengaruh yang tidak elok dan kaedah untuk mendisplinkan mereka dengan baik.

#2-Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.

Image result for the pledge bill gates

Bill Gates menggalakkan anak-anaknya untuk berusaha mendapatkan sendiri apa yang mereka mahukan. Berbeza dengan kebanyakkan jutawan-jutawan lain yang sudah memanjakan anak mereka dengan kemewahan dan barangan berjenama sejak kecil, beliau melatih anak-anaknya supaya sentiasa rajin dan dapat mengenal susah payah bekerja sebelum beroleh sesuatu.

Bagi tujuan ini, beliau mereka upah untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, mengemas rumah dan sebagainya. Sebagai balasan dan ransangan motivasi, dia memberikan upah dan membolehkan anak-anak mendapatkan apa yang mereka mahu.

Dikatakan, Bill Gates hanya akan mewariskan 34 juta dolar sahaja kepada setiap seorang anak-anaknya dan lebihan hartanya akan diserahkan kepada Bill & Melinda Gates Foundation.

Walaupun 34 juta dolar kedengaran sudah begitu banyak pada kita namun ia hanyalah 0.01% daripada jumlah kekayaan beliau.

Menurutnya, meninggalkan wang dan harta yang banyak kepada anak-anak bukanlah satu perkara yang baik malahan memudaratkan.

#3-Sentiasa Membantu Orang Lain Yang Memerlukan.

Image result for the pledge bill gates

Bill Gates turut dikenali sebagai usahawan sosial yang terkenal. Beliau dan isterinya aktif dalam membuat amal kebajikan dan mereka telah Bill & Melinda Gates Foundation.

Ia merupakan sebuah badan amal yang memberi fokus kepada bantuan kesihatan, pendidikan, membasmi kemiskinan dan pengunaan teknologi di negara-negara mundur di seluruh dunia.

Mereka juga turut mengasaskan ‘the Giving Pledge’ bersama-sama billionaire pelaburan yang terkenal iaitu Warren Buffett. Mereka turut mengajak hampir 5 orang billionaire lain untuk menyertai mereka termasuklah Mark Zuckerberg.

Kesemua billionaire dalam ‘the Giving Pledge’ berikrar untuk mendermakan sekurang-kurangnya separuh daripada harta mereka untuk keperluan mereka yang memerlukan daripada seluruh dunia.

Semasa membuat aktiviti kebajikan, Bill Gates turut melibatkan anak-anaknya agar mereka terbiasa dengan aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan.

Dengan ini mereka akan lebih bersyukur dengan hidup mereka dan menghargainya.

Ini juga bantu mereka jadi berazam untuk lebih berjaya dan membantu orang lain daripanda bersikap angkuh dan somboh dengan kejayaan yang dimiliki.

sumber: http://www.majalahniaga.com/cara-mendidik-anak-mengikut-gaya-bill-gates.html

Leave a Reply