Posted on

Pukul anak terbukti membunuh perkembangan minda dan tubuhnya!

lead image

Peribahasa ‘sayang anak, tangan-tangan kan’ adakah tidak relevan lagi kini? Atau mungkin pukul anak boleh mendatangkan kemudaratan pada tingkah laku anak itu sendiri di kemudian hari?

Pukul anak merupakan salah satu cara disiplin yang biasa dilakukan oleh ibu bapa di Asia. Malah, sebenarnya, ibu bapa yang pukul anak hanya mahu menunjukkan rasa kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya.

Namun begitu, pakar dalam perkembangan kanak-kanak dan psikologi berharap agar ibu bapa tidak mengambil hukuman tubuh atau pukul anak sebagai satu bentuk disiplinkerana ia boleh membawa kesan buruk di kemudian hari.

Adakah pukul anak merupakan bentuk hukuman yang berkesan? 

pukul anak, memukul anak, merotan anak, rotan anak, tengking anak, menengking anak, memukul dan rotan anak, bahaya pukul anak, kesan buruk pukul anak, kesan burun tengking anak, kesan buruk rotan anak, kesan buruk, kesan negatif pukul anak, pukul bayi, marah anak, memarahi anak, ibu marah bayi,

Kebiasaannya, ramai ibu bapa memberikan hukuman badan seperti merotan dan pukul anak di anggota badannya.

Buat pengetahuan umum, negara di seluruh dunia (bukan hanya di Asia) contohnya di United Kingdom (UK) di bawah Akta Kanak-Kanak 2004 membenarkan ibu bapa dan penjaga untuk pukul anak secara ringan selagi ia dianggap hukuman yang munasabah.

Akan tetapi, pakar berkata pihaknya tidak menafikan hukuman tubuh yang dilakukan pada kanak-kanak boleh menjejaskan mental dan fizikal mereka.

Menurut ahli psikologi seluruh dunia, hukuman fizikal ini boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang negatif terhadap perkembangan kanak-kanak.

Seharusnya, kanak-kanak tersebut dibesarkan tanpa sebarang bentuk kekerasan supaya ia seiring dengan perkembangan mereka.

Kesan buruk pukul anak di bahagian badan 

pukul anak, memukul anak, merotan anak, rotan anak, tengking anak, menengking anak, memukul dan rotan anak, bahaya pukul anak, kesan buruk pukul anak, kesan burun tengking anak, kesan buruk rotan anak, kesan buruk, kesan negatif pukul anak, pukul bayi, marah anak, memarahi anak, ibu marah bayi,

Pukul anak memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental dan fizikal mereka. Ini beberapa kesan negatif yang mungkin boleh terjadi:

  • Boleh menyebabkan kanak-kanak jadi anti-sosial
  • Menyebabkan anak berasa lemah kerana terlalu takutkan hukuman, bukannya untuk cuba memahami mengapa mereka harus patuh pada arahan atau peraturan.
  • Meninggalkan tanda penyakit mental seperti kemurungan, gangguan keperibadian dan ketidakupayaan intelektual.
  • Anak-anak akan rasa takut dan curiga dengan orang sekeliling apabila dewasa.
  • Anak akan merasakan memukul orang lain adalah perkara yang baik. Ini paling BAHAYA.

Apabila mereka terlalu kerap dipukul, ia akan berbalik semula kepada tingkah laku terhadap orang sekelilingnya. Paling dekat adalah rakan-rakannya.

  • Mereka akan berkelakuan ganas pada orang lain
  • Kesukaran untuk kawal diri apabila mereka merasakan tiada apa yang boleh diselesaikan.

Benar, ibu bapa sering melepaskan rasa marah terhadap anak-anak dengan cara memukul. Namun, kaedah ini tidak berkesan untuk mendisiplinkan mereka.

Malah, memukul anak dengan niat untuk mengajar mereka itu juga tetap salah. Malah keadaan akan bertambah teruk.

Jalan penyelesaian yang boleh dibuat selain pukul anak

pukul anak, memukul anak, merotan anak, rotan anak, tengking anak, menengking anak, memukul dan rotan anak, bahaya pukul anak, kesan buruk pukul anak, kesan burun tengking anak, kesan buruk rotan anak, kesan buruk, kesan negatif pukul anak, pukul bayi, marah anak, memarahi anak, ibu marah bayi, Kredit: Suara TV

Ada perbezaan antara hukuman dan disiplin. Ibu bapa harus tahu beberapa teknik yang boleh digunakan apabila anda merasakan tiada jalan keluar untuk menyelesaikannya.

Antaranya seperti:

  • Lakukan strategi positif untuk menguruskan tingkah laku anak.
  • Sebarang hukuman yang terbaik boleh dilakukan ketika umur anak tiga tahun. Hal ini kerana, kanak-kanak tidak nampak hubungan antara tindakan dan akibatnya lagi sebelum usia ini.
  • Anak perlu sentiasa diingatkan tentang peraturan, arahan dan sebagainya.
  • Elakkan mereka melakukan tingkah laku yang mencabar dengan merancang lebih awal. Contohnya jika mereka tidak duduk diam ketika berada di pasar raya, anda boleh meminta anak masuk ke dalam troli atau memberi sesuatu yang menarik perhatian mereka.
  • Menguruskan tekanan dan kemarahan anda dengan sebaiknya seperti menarik nafas panjang dan kira hingga 10 sebelum melakukan sebarang tindak balas.
  • Melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan rasa marah seperti memasak, mengemas rumah atau mengambil angin petang.

Kesimpulannya, pukul anak adalah tindakan yang kurang bijak sekaligus memburukkan lagi keadaan.

Jadi sebaiknya, anda harus lebih tenang berhadapan dengan situasi yang boleh mencabar kewarasan akal  dalam tangani tingkah laku anak.

sumber: https://my.theasianparent.com/pukul-anak-kesan-buruk/?utm_medium=push&utm_source=onesignal&utm_campaign=NewArticles

Posted on

5 TIP HEBAT UNTUK ANAK PANDAI MATEMATIK

1# Aktifkan pergerakan mereka. Ini kerana menyebabkan otak mereka mudah peka dan berkembang cepat.

2# Gubah lagu (unsur matematik). Menarik minat mereka dan melazimkan dengan nombor.

3# Ajar anak melihat jam supaya mereka mengenal nombor dan tahu fungsi jam.

4# Ajar anak menabung. Secara tidak langsung mereka belajar untuk mengira duit mereka.

5# Kaitkan persekitaran dengan nombor. Sebagai contoh. Apabila ibu-ibu menaiki tangga. Suruh anak-anak mengira berapa anak tangga yang dinaiki.

So. Segala yang diatas bertujuan hanya satu iaitu untuk bagi gambaran dan konsep yang mudah pada anak-anak kepada matematik.

Selamat Mencuba.

sumber: https://rr4u.com.my/5-tip-hebat-untuk-anak-pandai-matematik/
Posted on

18 Petua Menghilangkan Batuk Bayi & Kanak-Kanak. Untuk Selsema Juga!

PETUA MENGHILANGKAN BATUK BAYI DAN KANAK-KANAK

Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema. Ianya adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun jika anak tiba-tiba tidak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segeralah bawa anak ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lajut. Tidak seperti orang dewasa yang boleh petua hilangkan batuk untuk orang dewasa.

Kebiasaannya, doktor tidak memberi ubat batuk dan selsema jika bayi masih di bawah 6 bulan. Doktor hanya akan memberitahu bahawa ianya normal bagi bayi kerana masih ada lendir yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir, iaitu batuk berkahak. Ia akan keluar sendiri melalui muntah atau najis. Jika diberikan pun hanya 1 ml ke 2 ml sahaja. Kalau asyik tidak hilang-hilang, boleh cuba cara hilangkan kahak yang ditulis sebelum ini.

APA PUNCA BATUK DAN SELSEMA?

Menurut Kementerian Kesihatan, penyebab utama gejala selesema dan batuk ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan.

Anak anda mungkin juga diserang selesema dan batuk disebabkan oleh reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan. Selain itu, faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk serta sistem imun yang rendah akan melemahkan pertahanan badan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.

SELAIN UBAT, APA ALTERNATIF LAIN?

Ramai ibu bapa yang mahu mencuba alternatif lain selain mengambil ubat doktor untuk memulihkan selsema dan batuk. Ada juga yang menggunakan doa dan penawar dari ayat Al-Quran.

BAGAIMANA MELEGAKAN BATUK DAN SELSEMA UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK?

Selain ubat dan rawatan alternatif, mungkin tips yang akan saya kongsikan ini dapat membantu anda memilih cara yang paling serasi dan sesuai untuk anak-anak anda. Boleh cuba petua menghilangkan batuk bayi dan kanak-kanak seperti di bawah ini.

1. REHATKAN ANAK DENGAN SECUKUPNYA

Jika anak tidak sihat, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam atau pun kenduri kerana anak akan rasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa yang lebih lama.

Bukan sahaja mudarat untuk anak kita, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. Jika tidak ada sebab yang memaksa kita membawa anak keluar, rehatkanlah mereka di rumah.

2. SENTIASA BERSAMA ANAK

Isilah masa bersama mereka dengan memperbanyakan sentuhan dan pelukan. Berceritalah atau cukuplah sekadar berjalan-jalan di sekeliling rumah untuk mengambil udara segar. Pantau perkembangannya dan bawa berjumpa doktor jika keadaannya bertambah teruk.

3. BERSIHKAN RUMAH, PERKAKAS JUGA PAKAIAN

Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih, tidak salah jika kita membuat pemeriksaan dan membersihkan segala habuk serta kekotoran. Habuk-habuk seperti di kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak. Mop lantai dengan air panas bercampur Dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya.

4. ALIRAN DAN PEREDARAN UDARA YANG BAIK

Petua menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikannya. Usah terperap dala bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik. Dapatkan udara segar.

5. TEPUK PERCUSSION

Tepuk ini saya belajar dari salah seorang fisioterapi ketika anak saya dimasukkan ke wad akibat bronchitis. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung.

Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.

6. WAP BERSAMA BAWANG PUTIH DAN MINYAK ZAITUN

Samada menggunakan wap daripada semburan mandian panas di bilik air atau anda boleh masak air panas kemudian memasukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar. Riba anak dengan menghadapkan mukanya kea rah mangkuk tadi. tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.

Ia akan melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar yang kemudiannya ditumbuk. Masukkan di dalam air panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Inshaa Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas.

7. IBU MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Petua menghilangkan batuk bukan untuk anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam masakan tersebut.

Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selsema. Jangan sekali-kali menghentikan penyusuan.

8. KUNYIT

Ini petua menghilangkan batuk secara tradisional. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.

9. BUNGA BELIMBING DAN AIR BERAS

Ini juga petua menghilangkan batuk secara tradisional yang lain. Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.

10. DAUN BASIL, DAUN OREGANO DAN DAUN SIRIH

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.

11. LEMON, HALIA DAN MADU

Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

12. GARLIC SOCKS

Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.

13. MANDIAN LEMON

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

14. MINYAK MASAK

Ini petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.

15. DAUN KADUK

Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi. Untuk yang duduk bandar, dan mahu praktikkan petua menghilangkan batuk tradisional ini, cubalah kenal-kenal dengan pokok herba.

16. SPRAY HIDUNG

Spray hidung ini boleh didapati di farmasi dan juga klinik. Spray ini membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri. Untuk lebih daringsedutlah hingus anak sendiri dengan mulut!

17. MINYAK BAWANG PUTIH

Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.

18. URUTAN BAYI

Petua menghilangkan batuk yang terakhir ialah cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis.

HARAPAN SAYA

Semoga petua menghilangkan batuk ini memberikan manfaat. Dan semoga anak-anak kita cepat sembuh dari batuk dan selsema!

kredit siraplimau

Nasal Aspirator by Mommyhana

Posted on

16 Mainan Kanak-Kanak DIY Yang Boleh Buat Anak Anda Terleka

1-2 TAHUN

Mainan tidak semestinya yang mahal-mahal belaka. Kalau ada duit lebih, tidak salah untuk membelikan anak permainan Fisher’s Price. Namun, kriteria yang penting ialah yang dapat membantu pembesaran fizikal dan minda, selain disukai oleh anak.

Selain dari faktor fungsi permainan itu sendiri, harga juga memainkan peranan yang penting untuk ibu-bapa yang berpendapatan sederhana.

MAINAN KANAK-KANAK YANG MURAH

Oleh itu, ibu-bapa perlu kreatif. Cuba permainan ‘DIY‘ seperti ini yang cuma memerlukan modal tidak sampai RM10!

1. BUBBLE-WRAP

mainan-diy-murah-menarik-10

Cuma guna ‘bubble-wrap‘ dari lebihan ‘packaging’, ajak anak buat seni yang tersendiri

 

2. JENGA DIY

mainan-diy-murah-menarik-09

Tak perlu beli Jenga mahal-mahal, boleh buat sendiri. Bila anak mengamuk dan baling, juga tidak akan mencederakan sesiapa.

 

3. FUR-STICKS

mainan-diy-murah-menarik-08

Memang ‘confirm‘ anak anda akan leka main benda begini. Mana nak cari fur-sticks ni?

Cuba cari di mana-mana kedai alatulis. Mesti ada jual punya.

Mainan kanak-kanak

Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Adlil Rajiah juga ada buat permainan fur-sticks dengan penapis sayur untuk anak dia.

 

4. KHEMAH DALAM RUMAH

mainan-diy-murah-menarik-07

Ala-ala ‘camping’ di hutan kononnya (Yang ini mahal sedikit kerana kena beli khemah). Kalau nak yang murah, pakai selimut pun boleh.

 

5. PING-PONG BELON

mainan-diy-murah-menarik-06

Main ‘ping-pong’ belon yang besar. Kalau dua-dua lelaki, silap-silap boleh gaduh!

 

6. LUMBA GULI GUNA ‘NOODLE

mainan-diy-murah-menarik-05

Beli ‘noodle‘ yang orang buat berenang dan belah dua. Boleh lawan lumba guli!

 

7. PAPAN GELONGSOR

mainan-diy-murah-menarik-04

Baru beli peti sejuk baru dan ada kotak? Cuba buat gelongsor dalam rumah yang akan buat anak-anak ketawa! Mainlah sampai kertas tebal itu jadi lembik.

 

8. IKAT BENANG

mainan-diy-murah-menarik-03

Konon-konon macam nak lepaskan diri dari laser yang berbahaya

9. RACING TRACK

 

mainan-diy-murah-menarik-02

Anak suka main kereta mainan? Nah, cuba buat trek dengan sellotape yang hanya bermodalkan beberapa ringgit sahaja. Sesuai dengan anak lelaki. Mesti mulut dia tak berhenti berbunyi.

Mainan kanak-kanak

Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Sama idea dengan Adlil Rajiah juga.

 

10. TOILET PAPER ROLL

Hanya lekat di dinding. Nampak mudah dan ‘simple‘, tapi percayalah, anak anda akan sibuk main benda ni siang malam!

 

(TAMBAHAN): MAINAN KANAK-KANAK VERSI MALAYSIA

Kita sudah lihat 2 idea Adlil Rajiah di atas. Ada beberapa lagi idea hebat dari beliauyang boleh dikongsikan di sini.

Terima kasih kerana sudi berkongsi idea mainan kanak-kanak untuk anaknya sendiri, Haikal. Pada pendapat kami, semua permainan ini tidak perlu belanja yang besar.

11. RING TOWER / COLOUR BLOCK

Mainan kanak-kanak

Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Mudah sahaja. Susun yang besar di bawah dan yang kecil di atas.

12. FUR-BALLS

Mainan kanak-kanak

Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Ini pun mudah juga. Cuma beli fur-balls dan biarkan anak berimaginasi dengan warna. Tentu dia tidak senang duduk bila nampak warna-warna bercampur.

 

13. BATANG AISKRIM

Mainan kanak-kanak

Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Warnakan dulu batang aiskrim mengikut warna yang anak tahu. Sambil-sambil dia sorting colour, dia boleh kukuhkan pengetahuan tentang warna.

 

14. BIJI MANIK

Mainan kanak-kanak

Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Satu lagi permainan untuk asingkan warna. Cuma hati-hati, tengok anak sentiasa. Takut dia masukkan biji-biji manik dalam mulut pula.

 

15. PENYEPIT BAJU

Mainan kanak-kanak

Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Sepit baju pun boleh jadi mainan kanak-kanak? Tentu sekali.

Bila dapat main sepit-sepit, lebih-lebih lagi yang berwarna, mesti terleka.

16. GETAH IKAT RAMBUT (HAIR BAND)

Mainan kanak-kanak

Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Biasanya, getah ikat rambut main campak-campak dan bersepah di rumah. Apa kata kita beli satu bundle yang ada banyak warna, cuba bagi anak main. Idea yang sangat menarik!

AKHIR KATA

Tidak perlu beri barang-barang yang mahal untuk anak-anak. Bukan wang atau harga yang menjadi ukuran, tetapi nikmat dalam bermain.

Bila kanak-kanak sibuk dan leka bermain, ibu juga senang untuk buat kerja rumah yang lain.

Semoga berjaya!

 

kredit siraplimau
Posted on

“Amalkan Selama 40 Hari”, 13 Petua ‘Power’ Ini Bentuk Dan Didik Anak Jadi Soleh, Solehah – Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Gambar Hiasan

Anak-anak adalah harta yang paling berharga bagi setiap ibu bapa.  Ini kerana merekalah yang akan mendoakan anda apabila mati kelak dan memimpin tangan untuk masuk ke syurga.

Bila tiba masanya nyawa ditarik, hanya anak-anaklah harapan untuk menyambung pahala anda dan memohon keampunan, kesejahteraan kita dialam kubur.
Anak yang soleh, solehah bukan saja perlu baik budi pekertinya, tapi yang paling utama adalah apabila mereka pandai menjaga agamanya , kewajipannya, dan taat kepada Allah swt.
Tidak ada cara yang lebih baik selain didikan cara Islam.  Apabila seorang anak itu dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agam, InsyaAllah secara automatik dia juga akan taat kepada ibu bapanya, serta menjaga tingkah lakunya dimana saja.
Perkongsian daripada Sheila Amir yang dipetik daripada isi garapan Prof Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini berkongsi 13 petua berkesan untuk mendidik anak menjadi soleh dan solehah.  Mari kita tengok panduan yang dibentangkan untuk melahirkan anak-anak soleh solehah.

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Posted on

Tips Mengajar Anak Di Rumah Dengan Berkesan

  1. Cuba mendengar masalah anak, cari jalan untuk mulakan komunikasi dengannya.
  2. Cuba sediakan sesi pembelajaran yang seronok seperti sediakan hidangan ringkas kerana sesi belajar yang panjang boleh menyebabkan anak lapar.
  3. Duduk bersebelahan dengan anak dan bukannya secara berhadapan. Kedudukan juga sebaiknya sama aras untuk wujudkan kemesraan. Jika anak selesa, kuranglah ragamnya semasa sesi belajar.
  4. Jika anak kelihatan kurang berminat, cuba tanya dan dengar apa yang dia mahu katakan. Mungkin ada benda lain yang menganggu fikirannya.
  5. Jangan terus menghukum jika anak kurang memberi kerjasama pada awalnya. Mungkin dia takut tidak mampu mencapai kehendak kita.
  6. Pastikan arahan dan langkah-langkah disampaikan dengan jelas dan mudah difahami, kemudian buat dengan perlahan dan teratur.
  7. Jika anak bercakap, perhatikan wajahnya. Ini akan memudahkan ibu untuk mengenalpasti kekecewaan atau kekeliruan yang berlaku.
  8. Jangan abaikan mana-mana soalan yang diajukan oleh anak. Ini untuk melatih anak agar lebih tekun walaupun susah.
  9. Kurangkan kritikan dan kata-kata negatif sebaliknya berikan sokongan dan dorongan serta kata-kata motivasi.
  10. Jika anak memberikan jawapan yang salah, nyatakan semula soalan dan berikan panduan untuk dia berfikir.
  11. Sekiranya berjaya, berikan pujian.

sumber: ayachalo.com

Posted on

Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya

Pasti kita selalu nampak kanak kanak menggigit kuku mereka bukan? Kadangkala anak kita sendiri yang ada tabiat macamni. Gigit kuku ni sebenarnya boleh dikatakan tabiat tapi tabiat ini membawa bahaya dan kesan buruk kepada pelakunya. Ingin tahu apa bahayanya gigit kuku ini?Teruskan membaca.
 
Keburukan Tabiat Gigit Kuku
 
1. Banyak Bakteria.
Tabiat menggigit kuku ni akan mengakibatkan bakteria dan kulat kulat bawah kuku kita masuk ke mulut. Banyak sangat bakteria bawah kuku kita, jadi bila gigit semua tu masuk dalam mulut. Hasilnya kita akan senang dapat penyakit dan antibodi menjadi lemah. Walaupun gigit kuku ni cumalah habit, tapi habit yang kategori bad habit sebab bawa kemudaratan, so sebab tu kena stop.
 
 
2. Jari Menjadi Hodoh dan Tidak Kemas.
Keburukan lain ialah jari jadi hodoh akibat kuku rosak dan tidak cantik. Kuku akan nampak tidak normal, senget sana sini dan tidak cantik. Nampak jari tidak kemas dan orang lain mungkin akan memandang serong apabila terlihat jari anda.
 
 
 
 
 
3. Kebarangkalian Gangguan Kesihatan
Yang Serius
Habit buruk ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Antaranya, akan menimbulkan luka pada hujung jari kerana kebiasaanya mereka juga akan gigit kulit di sekeliling kuku mereka. Itulah punca sampai kadang kala berdarah. Selain itu habit gigit kuku juga meningkatkan risiko radang pada kuku dan mulut. Kadangkala habit gigit kuku juga adalah punca masalah pergigian yang serius. Ini semua akibat bakteria yang berada di bawah kuku.
 
 
Cara Mengatasi Masalah Anak Suka Gigit Kuku
 
– Cipta Mitos Yang Munasabah
Reka cerita yang munasabah supaya anak mengerti apa yang dilakukan itu adalah salah dan membawa mudarat. Mungkin nampak kelakar,tapi mana tau berkesan. Rekalah mitos seperti “perut kan buncit kerana kuman dikuku masuk ke dalam perut”. Anak anak akan ingat perkara tersebut setiap kali dia ingin gigit kuku dan secara perlahan akan meninggalkan tabiat itu.
 
-Buatkan tangannya sibuk
Jika anak suka mewarna, selalu temankan dia mewarna buku mewarna. Ini kerana supaya masanya sentiasa terisi dan tidak ingat untuk meneruskan habit menggigit kuku.
 
-Tutup Kukunya
Tindakan menutup kuku boleh dilaksanakan jika masalah gigit kuku semakin kronik. Menutup kuku menggunakan plaster akan menghalang si manja daripada eneruskan niatnya itu. Selain itu pemakaian inai juga boleh membantu mengurangkan bad habit tersebut kerana warna dan bau hasil daripada inai tersebut.
 
-Berikan rasa tidak sedap.
Mungkin anda juga boleh mencalitkan perasa pada kuku anak anda. Bagaimanapun pastikan perasa tersebut tidak berbahaya seperti beracun, melukakan kulit, mata dan tidak selamat jika termakan.
 sumber: int3treeblog
Posted on

Cara Mendidik Anak Cara Bill Gates

Bill Gates dikenali dunia sebagai lelaki yang terkaya di dunia dan merupakan usahawan yang genius dalam bidang teknologi.

Walaupun lebih terkenal sebagai seorang usahawan, Bill Gates juga terkenal dengan prinsip tegas mendidik anak-anaknya. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Melinda dan 3 orang anak, Jennifer, Rory dan Phoebe.

Sebagai seorang bilionair dan orang terkaya di dunia, bukan mudah untuk membesarkan anak-anaknya dengan cara ayng sederhana dalam situasi keluarga mereka yang terkenal dan sentiasa diperhatikan.

Malahan, anak-anak mereka juga pasti mengalami situasi dimana mereka dibanding-bandingkan dengan rakan sebaya mereka.

Walaupun begitu, Bill Gates seorang yang bijak. Beliau tidak memanjakan anak-anak beliau dengan kemewahan tetapi mempunyai prinsip yang tegas sebagai seorang bapa agar anak-anaknya kelak boleh berjaya dengan usaha mereka sendiri.

#1-Didik Anak Agar Tidak Selalu Dapat Apa Yang Dimahukan.

Related image

Apabila kita bergelar ibu bapa, pasti kita amat menyayangi anak kita. Ibaratnya semua yang boleh diusahakan, dilakukan, diberikan untuk anak kita pasti kita akan cuba untuk merealisasikannya walaupun memerlukan seluruh kudrat tenaga untuk mendapatkan seisi dunia untuk mereka.

Namun menurut Bill Gates, kita harus belajar mengatakan ‘tidak’ dan menolak permintaan anak-anak jika dirasakan kurang sesuai.

Mungkin tindakan ini akan membuatkan anak-anak berasa hampa namun kita harus memiliki sisi tegas semasa mendidik anak-anak untuk mengajar mereka menghormati kita. Ia juga akan buatkan anak belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada seadanya.

Walaupun terkenal sebagai seorang yang gemar berinovasi dan pelopor kepada teknologi namun Bill Gates tidak membenarkan anak-anaknya menggunakan telefon pintar sehinggalah mereka mencapai usia 13 tahun.

Sebagai bapa, Bill Gates telah menetapkan bahawa umur 13 tahun adalah umur yang sesuai untuk memberikan telefon bimbit. buat anak-anaknya.

Mungkin kedengaran pelik apabila rakan-rakan Gen Z sebaya dengan anak beliau sudah mengusung pelbagai jenis telefon canggih namun anak orang yang paling terkaya di dunia tidak dibenarkan untuk memilikinya.

Ini adalah cara Bil Gates mengawal dan mendidik anak-anaknya daripada pengaruh yang tidak elok dan kaedah untuk mendisplinkan mereka dengan baik.

#2-Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.

Image result for the pledge bill gates

Bill Gates menggalakkan anak-anaknya untuk berusaha mendapatkan sendiri apa yang mereka mahukan. Berbeza dengan kebanyakkan jutawan-jutawan lain yang sudah memanjakan anak mereka dengan kemewahan dan barangan berjenama sejak kecil, beliau melatih anak-anaknya supaya sentiasa rajin dan dapat mengenal susah payah bekerja sebelum beroleh sesuatu.

Bagi tujuan ini, beliau mereka upah untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, mengemas rumah dan sebagainya. Sebagai balasan dan ransangan motivasi, dia memberikan upah dan membolehkan anak-anak mendapatkan apa yang mereka mahu.

Dikatakan, Bill Gates hanya akan mewariskan 34 juta dolar sahaja kepada setiap seorang anak-anaknya dan lebihan hartanya akan diserahkan kepada Bill & Melinda Gates Foundation.

Walaupun 34 juta dolar kedengaran sudah begitu banyak pada kita namun ia hanyalah 0.01% daripada jumlah kekayaan beliau.

Menurutnya, meninggalkan wang dan harta yang banyak kepada anak-anak bukanlah satu perkara yang baik malahan memudaratkan.

#3-Sentiasa Membantu Orang Lain Yang Memerlukan.

Image result for the pledge bill gates

Bill Gates turut dikenali sebagai usahawan sosial yang terkenal. Beliau dan isterinya aktif dalam membuat amal kebajikan dan mereka telah Bill & Melinda Gates Foundation.

Ia merupakan sebuah badan amal yang memberi fokus kepada bantuan kesihatan, pendidikan, membasmi kemiskinan dan pengunaan teknologi di negara-negara mundur di seluruh dunia.

Mereka juga turut mengasaskan ‘the Giving Pledge’ bersama-sama billionaire pelaburan yang terkenal iaitu Warren Buffett. Mereka turut mengajak hampir 5 orang billionaire lain untuk menyertai mereka termasuklah Mark Zuckerberg.

Kesemua billionaire dalam ‘the Giving Pledge’ berikrar untuk mendermakan sekurang-kurangnya separuh daripada harta mereka untuk keperluan mereka yang memerlukan daripada seluruh dunia.

Semasa membuat aktiviti kebajikan, Bill Gates turut melibatkan anak-anaknya agar mereka terbiasa dengan aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan.

Dengan ini mereka akan lebih bersyukur dengan hidup mereka dan menghargainya.

Ini juga bantu mereka jadi berazam untuk lebih berjaya dan membantu orang lain daripanda bersikap angkuh dan somboh dengan kejayaan yang dimiliki.

sumber: http://www.majalahniaga.com/cara-mendidik-anak-mengikut-gaya-bill-gates.html

Posted on

3 Cara Galakkan Anak Tidur Awal

Tahukah anda, anak membesar ketika sedang tidur? Keperluan tidur anak kecil tidak sama dengan orang dewasa.

Anak kecil berusia 6-11 tahun perlu mendapat tidur malam purata 9-11 jam. Contohnya dari jam 8/9 malam sehingga 6/7 pagi. Secara ringkas, semakin meningkat usia seorang anak, lebih berkurang waktu tidur yang diperlukan oleh badannya.

Untuk menggalakkan anak tidur malam yang sempurna, gunakan beberapa teknik. Di antaranya, anak yang sudah masuk sekolah tidak perlu tidur di siang hari. Ini supaya jam 8 malam atau 9 paling lewat (selepas solat Isya’), mereka mesti tidur.

Tidur seawal ini juga memudahkan anak-anak bangun solat Subuh seterusnya ke sekolah.

Berikut turut disenaraikan cara-cara yang boleh menggalakkan anak tidur lebih awal dan nyenyak.

1. Suasana bilik tidur yang menenangkan; dinding kosong, perabot minima, tiada mainan atau objek yang boleh merangsang simulasi, langsir yang kosong dan lampu yang malap atau tiada lampu.

2. Mengamalkan rutin yang sama setiap hari; membaca buku, urutan, menarik nafas atau doa.

3. Jika kebiasaannya tidur lewat, boleh injakkan masa 15 minit lebih awal setiap hari. Tidur nyenyak mencukupi adalah amat penting pada anak usia di bawah 16 tahun, justeru tidak boleh diambil mudah.

Walau bagaimanapun, setiap anak adalah berbeza dan setiap langkah yang dibuat berbeza penerimaannya dan kesan di antara setiap anak dan yang lain.

Sumber: https://www.edumall.com.my

Posted on

6 Teknik Orang Jepun Didik Anak Cepat Pandai

Ibu nak anak cepat pandai, mungkin 6 teknik orang Jepun didik anak ini boleh bantu

Gambar internet

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.

Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya.

Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.

Di sini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Guna masa anak ‘tidur-tidur ayam’

Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.

Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Kad belajar

Mula guna kad untuk ajar anak anda. Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan

Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.

Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah / tengking

Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Daya imaginasi

Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki

Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.

Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.

Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini, pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ” .

 

 

Sumber: islamituindah

0

Your Cart