Posted on

5 Kaedah Elak Anak Conteng Dinding Rumah!

Lakukan 5 Cara Ini Kalau Anak Suka Menconteng. Elak Conteng Dinding Rumah!

Mesti anda biasa menjerit apabila si kecil sudah pandai menconteng. Siapa yang tak naik angin bila tengok dinding rumah yang cantik berseri penuh dengan hasil seni lukis anak tersayang.

Oh! Bersabarlah bila berhadapan dengan situasi ini kerana sebenarnya anak anda sedang  mengasah bakat dan kreativitinya. Kanak-kanak usia dua hingga tiga tahun memang gemar menconteng. Bila terjumpa pensil warna, dia akan terus menconteng tak kira di mana.

Jadi, untuk memastikan si manja dapat terus berkarya dan dalam masa yang sama, anda tidak naik angin melihat ‘kecantikan’ dinding rumah, berikan dia ruang untuk mengasah kreativitinya.

1. Sediakan kertas lukisan besar

Kadang kala anak lebih suka melukis di dinding rumah yang luas. Jadi, apa kata anda lekatkan kertas lukisan bersaiz besar di dinding. Biarkan anak mengekspresi dirinya kerana aktiviti menulis dan melukis kerana ia  mampu merangsang kreativitinya.

2. Kotak warna putih

Rasanya, anak-anak kecil berminat menconteng ruang berwarna putih bersih. Apa kata anda sediakan sebuah kotak putih yang boleh dihiasi mengikut kreativitinya. Mungkin ia salah satu cara mengalih perhatian anak daripada menconteng dinding rumah.

3. Pakaian lama

Kadang-kala anak gemar menconteng baju. Oleh itu sediakan baju lama yang sudah tidak digunakan sebagai tempat dia melukis dan menconteng. Sebaiknya baju yang tidak bercorak atau lebih baik berwarna putih. Tentu mereka seronok dan teruja.

4. Melukis di taman

Bagi merangsang kreativiti anak, sesekali bawa dia keluar rumah seperti padang yang luas supaya pandangan anak juga menjadi lebih luas untuk melukis. Secara tidak langsung pemikiran anak juga lebih terbuka apabila melihat alam semulajadi ciptaan Tuhan yang sangat cantik dan kurang keinginan untuk menconteng dinding rumah lagi.

5. Disiplinkan anak

Anda perlulah menjadi ibu bapa yang tegas. Walaupun menconteng itu boleh merangsang kreativiti anak tetapi didik mereka supaya jangan menconteng dinding rumah. Beritahu mereka apa sebabnya tidak dibenarkan menconteng dinding rumah dan kenakan denda jika mereka melanggar peraturan tersebut.

Denda yang boleh dilakukan seperti membersihkan kembali dinding rumah yang diconteng. Selepas itu mesti mereka serik hendak mengulang kembali perbuatan tersebut.

Jika anda ingin dapatkan black board sticker wall yang panjangnya 2meter dan boleh potong-poting ikut besr mana nak guna, boleh klik link bawah ni.

BLACK BOARD STICKER

 

 

13226837_1625664721088389_3592744781849751319_n     board

sumber:http://www.majalahpama.my/kanak-kanak/lakukan-5-cara-ini-kalau-anak-suka-menconteng-elak-conteng-dinding-rumah-1.220550

Leave a Reply
0

Your Cart