Posted on

Tips Mengajar Anak Di Rumah Dengan Berkesan

  1. Cuba mendengar masalah anak, cari jalan untuk mulakan komunikasi dengannya.
  2. Cuba sediakan sesi pembelajaran yang seronok seperti sediakan hidangan ringkas kerana sesi belajar yang panjang boleh menyebabkan anak lapar.
  3. Duduk bersebelahan dengan anak dan bukannya secara berhadapan. Kedudukan juga sebaiknya sama aras untuk wujudkan kemesraan. Jika anak selesa, kuranglah ragamnya semasa sesi belajar.
  4. Jika anak kelihatan kurang berminat, cuba tanya dan dengar apa yang dia mahu katakan. Mungkin ada benda lain yang menganggu fikirannya.
  5. Jangan terus menghukum jika anak kurang memberi kerjasama pada awalnya. Mungkin dia takut tidak mampu mencapai kehendak kita.
  6. Pastikan arahan dan langkah-langkah disampaikan dengan jelas dan mudah difahami, kemudian buat dengan perlahan dan teratur.
  7. Jika anak bercakap, perhatikan wajahnya. Ini akan memudahkan ibu untuk mengenalpasti kekecewaan atau kekeliruan yang berlaku.
  8. Jangan abaikan mana-mana soalan yang diajukan oleh anak. Ini untuk melatih anak agar lebih tekun walaupun susah.
  9. Kurangkan kritikan dan kata-kata negatif sebaliknya berikan sokongan dan dorongan serta kata-kata motivasi.
  10. Jika anak memberikan jawapan yang salah, nyatakan semula soalan dan berikan panduan untuk dia berfikir.
  11. Sekiranya berjaya, berikan pujian.

sumber: ayachalo.com

Leave a Reply